Spesifikasi ternakan babi, hormat sensitiviti awam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pusat habitat dan penempatan ladang ternakan babi secara spesifik dan jauh daripada penempatan masyarakat di sekitar Tanjung Layang dan Kampung Baru Laut perlu dilaksanakan sebagai jaminan kesejahteraan penduduk.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan berkata, keprihatinan kerajaan negeri mengenainya diperlukan dengan mengambil kira sensitiviti penduduk setempat di kawasan tersebut.
 
“Isu ini berlanjutan sejak 20 tahun, dan ianya memang agar sulit untuk membuang sisa buangan itu secara teratur supaya tidak berlakunya pencemaran bau dan air," ujarnya dipetik SelangorKini.

Katanya, penduduk meluahkan perkara itu supaya wujudnya insiatif daripada kerajaan negeri dan memberi manfaat kepada penternak dan penduduk.

“Kita dimaklumkan kerajaan negeri akan membangunkan penempatan baru untuk selesaikan isu ini menerusi pewartaan tanah khusus untuk proses penternakan lebih moden.

“Bagaimanapun keutamaannya adalah tidak menjadi kewajaran apabila penempatan masyarakat Melayu ini menjadi kawasan penternakan khinzir,” katanya.

Beliau mengulas laporan media berhubung rungutan penduduk apabila najis ternakan babi di Tanjung Sepat dialirkan ke sungai dan menyebabkan pencemaran bau sekitar penduduk di sini.

Susulan perkara itu, nilai hartanah yang diselubungi pencemaran itu merosot hampir 45 peratus kepada RM100,000 bagi keluasan tanah seluas 0.4 hektar, berbanding RM180,000 nilai semasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menegaskan kerajaan negeri dalam usaha melaksanakan kerja pembersihan di seluruh kawasan di Tanjung Layang dan Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat.

Share on Myspace