RM6.9 juta aktif tindakan kecemasan bekalan air

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM6.9 juta dibelanjakan bagi mengaktifkan pelan tindakan kecemasan ketika loji rawatan air (LRA) di Selangor ditutup ekoran pencemaran air, bermula 2013 hingga 17 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, kos itu bagi membiayai 110 kali pengaktifan pelan tindakan kecemasan, lapor SelangorKini.
 
“Paras mangan dan ammonia tinggi kerana air sungai rendah serta bahan cemar dilepaskan kawasan perindustrian berhampiran sungai,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Tze Han pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Katanya, bahan kimia yang dilepaskan premis perindustrian terbabit juga mengakibatkan pencemaran bau di beberapa sungai terlibat.

Selain itu, ia turut dipengaruhi pelepasan daripada premis perindustrian atau pembuatan berhampiran sungai dan kadangkala akibat tumpahan minyak daripada kenderaan pembawa minyak.

Share on Myspace