NGO Royalti lancar filem amal dan kempen tuntut royalti

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Royalti (R) hari ini melancarkan filem amal berdurasi 1 jam dan 30 minit bagi tujuan dana menyelesaikan isu-isu aduan rakyat dan juga kerja-kerja kempen tuntutan royalti petroleum Kelantan.

Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata kisah filem ini hanyalah rekaan. Ia mengisahkan dua beradik, yatim piatu yang dibela nenek. Si adik berusia Tiga tahun dan si abang tingkatan 5. Si adik memerlukan wang untuk pembedahan.

Kemiskinan menyebabkan salah faham masyarakat kepada si abang, sehingga dibuli. Sebagai langkah jangka pendek, ustaz sekolah menghantar si abang belajar seni bela diri Muay. Namun, keadaan si adik menyebabkan si abang terdesak dan terjerumus ke kancah judi pertarungan. Tiada lagi jalan keluar. Dari Kelantan ke Thailand,Pulau Pinang dan berakhir di Perak.

Pengarah filem, Khairul Nizam menjelaskan filem mengambil masa lima bulan untuk dibuat. Dengan pelakon-pelakon sukarelawan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk parti politik yang menyokong Royalti.

Filem ini 95% menggunakan dialek Kelantan dan 70% berlatarkan Pasir Mas. Pelancaran tayangan pada 11/11/16 Jumaat bertempat dewan tingkat atas Klinik Ziad, Chicha, Jln Kubang Kerian-Pasir Tumbuh, bermula 10 pagi - 11 malam (7 kali tayangan)

Pihak ROYALTI menyeru rakyat Kelantan menyokong filem ini sambil menderma. Percuma bagi 14 tahun ke bawah. RM15 (rebet RM10) bagi 15-20 tahun. RM15 (rebet RM5) bagi 21 tahun ke atas.

Tayangan juga diadakan di pejabat NGO ROYALTI, Bandar Baru Tunjung, hari bekerja, 10 pagi hingga 4 petang (4 kali tayangan). Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-9939058 (Khairul). – HARAKAHDAILY 9/11/2016

Share on Myspace