Khidmat Malaysia Terengganu bersiap hadapi banjir

HARAKAHDAILY | .

Hujan yang mula turun mencurah-curah menandakan bermulanya Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negeri-negeri Pantai Timur termasuk Terengganu.

Sehubungan itu, Khidmat Malaysia Terengganu sebagai pengendali Operasi Banjir PAS Terengganu telah mempersiapkan persediaan perlu bagi menghadapi perkara-perkara berkaitan yang dijangka berlaku sebelum, semasa dan selepas banjir.

Persiapan operasi merangkumi pelan bertindak untuk 3 fasa utama iaitu sebelum, semasa dan selepas berlakunya banjir.

Untuk tujuan itu, semua armada akan digerakkan di bawah single command system untuk mengambil peranan masing-masing merangkumi Unit Amal, Papisma, Darussyifa’, Ameerah, Persatuan Radio Amatur, Khairunnisa, Terengganu Adventure Group (TAG) dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu.

Semua kawasan parlimen yang berisiko berlakunya banjir telah diarahkan untuk menyiapkan bilik gerakan banjir masing-masing dengan Pejabat PAS Kawasan Kuala Terengganu di Kuala Ibai akan berfungsi sebagai Bilik Gerakan Banjir di peringkat negeri.

Bilik Gerakan Banjir Negeri ini telah dilengkapkan dengan antena komunikasi yang membolehkan perhubungan langsung dengan semua Bilik Gerakan Banjir kawasan-kawasan.

Arahan awal telah dikeluarkan bagi setiap kawasan parlimen untuk menyenaraikan kampung-kampung yang berisiko, mempersiapkan peralatan menyelamat termasuk alatan komunikasi, bot dan kenderaan pacuan empat roda, mengenal pasti pusat-pusat pemindahan, mempersiapkan tempat simpanan bahan-bahan bantuan serta pelan tindakan menyelamat.

Sebarang maklum balas boleh hubungi Pengarah Operasi Banjir kawasan-kawasan seperti berikut:

Kemaman - Haji Nik Rahim 0199533448
Dungun- YB Wan Hapandi 0139803995
Hulu - Mat Safari Abu 0199923555
Marang - Ustaz Sidek Abu Bakar 0199204704
Kuala Terengganu- Ustaz Salleh Abdullah 0179184416
Kuala Nerus - Tuan Syed Ibrahim 01112924397
Setiu - Yunus Sulaiman 0199115167
Besut - Abdul Rahim Mohd Zain 0109006467

Dalam masa yang sama, kita bersedia untuk bekerjasama dengan semua agensi dan pihak berkuasa yang terlibat bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada mangsa-mangsa banjir.

Belajar dari pengalaman banjir yang melanda  Terengganu pada 2013 dan 2014, jentera kita dipersiapkan dengan lebih mantap dan bersedia dengan pengalaman mahal yang telah dikutip di lapangan. Sebenarnya kita telah mempersiapkan jentera dengan rapi dari tahun 2015 lagi walaupun banjir tak berlaku.

Persiapan kita juga merangkumi tugasan pasca banjir meliputi operasi pembersihan, pemulihan dan pembaikian.

Tentunya persiapan operasi yang sebesar ini memerlukan dana yang besar. Lantaran itu pihak kami merayu sumbangan dari kemurahan hati para dermawan semua untuk bersama menghulurkan bantuan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun DANA KEBAJIKAN TERENGGANU, CIMB ISLAMIC 13010000056101. Sebarang makluman berkaitan sumbangan boleh hubungi, Bendahari Khidmat Malaysia Terengganu, Haji Zulkifli Mat Yakim, 0199834436.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah  Operasi Khidmat Malaysia Terengganu
11 November 2016 - HARAKAHDAILY 11/11/2016

Share on Myspace