Erdogan rasmi masjid baru dalam kunjungan ke Belarus

HARAKAHDAILY | .

Recep Tayyip Erdogan, semalam melakukan lawatan pertama ke Belarus. Lawatan itu merupakan yang pertama dilakukan oleh Presiden Turki dan merupakan tonggak bersejarah hubungan antara Ankara dan Minsk.

Presiden Turki dan rakannya, Alexander Lukashenko mengadakan sidang akhbar bersama di Istana Merdeka selepas perbincangan mereka hari Jumaat, semalam.

Erdogan mengatakan mereka mendapatkan pertemuan berkesan yang menghasilkan menandatangani sembilan perjanjian di beberapa bidang seperti pendidikan, pertanian, dan tenaga.

Protokol dan perjanjian kerjasama juga ditandatangani termasuk antara Anadolu Agency dan Belarus Belta News Agency.
 
Sebelumnya pada hari itu, Erdogan menghadiri perasmian Masjid Minsk, yang baru-baru ini dibina semula.

Beliau menambah bahawa masjid adalah simbol persahabatan antara kedua-dua negara. Presiden Erdogan berterima kasih kepada Lukashenko atas sokongan pembangunan masjid tersebut.

"Masjid Minsk mempunyai erti besar dalam tempoh ketika Islamophobia dan diskriminasi terhadap pelbagai agama dan budaya, dan serangan terhadap tempat-tempat ibadah di Eropah telah mencapai kemuncaknya.

"Kami berharap bahawa toleransi yang diterapkan Lukashenko, yang merangkumi perbezaan, boleh menjadi contoh bagi dunia," katanya. [Islampos]

Share on Myspace