Enakmen diharap cegah penipuan darjah kebesaran

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU:  Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V melahirkan rasa syukur kerana tahun lalu kerajaan Kelantan telah meminda Enakmen Lambang-lambang dan nama (mencegah daripada salah guna) 1977.

Menurut baginda, pindaan itu memberi kuasa kepada mahkamah untuk menentukan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan atau bersubahat memberi serta menerima, menggunakan agelaran kebesaran tersebut.

Titah baginda, menggunakan anugerah atau gelaran kebesaran yang tidak diiktiraf oleh negeri suatu kesalahan.

“Beta berharap enekman ini dapat membendung gejala tersebut,” titah baginda lagi.

Pada masa yang sama, baginda melahirkan rasa syukur memandangkan tahun ini satu darjah kebesaran baru negeri yang dinamakan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Setia atau Al Petrawi diwujudkan.

Titah baginda, ia diwujudkan bagi memperingati zaman pemerintahan ke bawah pemeritahan ayahandanya.

Menurut baginda, adala menjadi hasrat baginda supaya darjah kebesaran itu dianugerahkan kepada anggota-anggota pasukan badan beruniform dalam perkhidmatan awam sebagai satu penghargaan kepada kesetiaan yang berkekalan kepada baginda. – HARAKAHDAILY 13/11/2016

Share on Myspace