Pihak lain perlu hormati pendirian PAS

TAKIYUDDIN HASSAN | .

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa semua pihak menghormati pendirian dan prinsip ini walaupun mereka tidak bersetuju dengannya. Dalam amalan demokrasi tiada siapa boleh memaksa mana-mana pihak menyetujui dan mengikut kehendak mereka sahaja.


PAS yang ditubuhkan dalam tahun 1951 (kini berusia 65 tahun) mempunyai dasar, matlamat dan tujuan yang jelas sebagaimana dalam perlembagaan PAS (yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan) iaitu yang berteraskan Islam. Perjuangan PAS pula meliputi bidang tarbiyah, dakwah dan siasah yang berteraskan sumber-sumber utamanya iaitu al-Qura'an, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias.

Di atas asas tersebut PAS telah berjuang dalam arus perdana politik negara dengan menyertai Pilihan Raya Umum Nasional sejak tahun 1955 sehinggalah PRU13 pada tahun 2013 di atas prinsip asas yang sama walaupun dengan strategi yang berbeza.

Justeru PAS ingin mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak menguji kesabaran parti ini dalam keadaan kepimpinannya masih lagi mampu mengawal dan mendisiplinkan ahli-ahli PAS yang jumlahnya mencecah Satu (1) juta orang.

Di samping itu semua parti juga tidak harus mendabik dada sebagai parti yang bersih kerana sebahagiannya mempunyai kelemahan yang nyata serta rakyat mula nampak agenda tersembunyi mereka di dalam negara ini.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS. – HARAKAHDAILY 14/11/2016

Share on Myspace