Pemimpin Gerakan Islah Eritrea kunjungi Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan hormat daripada pemimpin Gerakan Islah Eritrea, semalam.
 
Mereka terdiri daripada Setiausaha Majlis Syura Gerakan Islah, Shaikh Abdul Rahman Othman Ali, Ahli Majlis Syura, Dr Bayan Salleh dan Dr Muhammad Salleh Othman selaku Koordinator NGO.

Perbincangan di Pejabat Agung PAS itu banyak tertumpu kepada perkembangan gerakan Islam di Eritrea dan Malaysia. - HARAKAHDAILY 16/11/2016

Share on Myspace