Presiden PAS dalam keadaan baik, perlu rehat

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR | .

ADALAH dengan ini dimaklumkan bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan yang baik dan sedang menerima pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital di Terengganu setelah mengadu kepenatan pada siang tadi. Oleh kerana itu kerjasama dari semua pihak diminta agar dapat memberikan ruang kerehatan secukupnya kepada Tuan Guru, dan pihak PAS mengucapkan terimakasih kepada semua sahabat handai kerana tidak menziarahi beliau pada waktu ini.

Pihak PAS amat menghargai keperihatihan semua pihak yang mendoakan kesihatan Tuan Guru yang berpanjangan.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS.
8.30 malam, Jumaat 18 Nov 2016 – HARAKAHDAILY 18/11/2016

Share on Myspace