Tunjuk perasaan bantah cadangan larang azan

HARAKAHDAILY | .

Berhubung rancangan undang-undang larangan azan yang sedang dibincangkan oleh Israel, beratus-ratus Muslim di Israel dan Jalur Gaza membantah perkara tersebut.

Di selatan Bandar Rahat, kira-kira 100 orang mengadakan tunjuk perasaan. Sementara di bahagian utara bandar tersebut, seramai 500 orang juga mengadakan tunjuk perasaan.

Ahli parlimen di Utara Bandar Jisr a-Zarqa, Ahmed Tibi menyebut rang undang-undang tersebut merupakan bentuk provokasi.

Di Gaza, ratusan warga Palestin di kem pelarian Jabalia di dekat perbatasan juga melakukan protes atas rancangan tersebut.
 
Yusef Al-Sharafi, salah seorang pemimpin tempatan, berkata keputusan Zionis Israel berkaitan hal ini belum pernah berlaku sebelum ini.

"Ini merupakan pelanggaran atas kebebasan umat Islam," kata Yusef, demikian lapor Arabnews.

Rang undang-undang tersebut kini sedang dalam perdebatan. Rang undang-undang yang dicadangkan ahli parlimen dari Parti Zionist Jewish Home, Moti Yogev dan disokong Perdana Menteri Benjamin Netanyahu masih ditunda.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang tersebut telah diluluskan oleh jawatankuasa menteri pada Ahad lalu. Rang undang-undang tersebut juga akan berlaku untuk Yerussalem Timur di mana terdapat 300,000 warga Palestin tinggal di sana. [Islampos]

Share on Myspace