Banjir: Khidmat Malaysia Kemaman bersiap sedia

BULETIN ONLINE | .

KEMAMAN: Khidmat Malaysia Kemaman telah bersedia dari segi petugas, sukarelawan, peralatan, bot dan lain-lain keperluan yang berkaitan dengan musibah banjir.

Pengarah Khidmat Malaysia Kemaman, Nik Abd Rahim berkata, pihaknya telah selesai mengadakan latihan lapangan untuk menghadapi banjir pada tahun ini yang melibatkan seramai 70 orang peserta dan petugas.

Katanya, para peserta tersebut datang dari kempat-empat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam parlimen Kemaman dan beberapa NGO.

“Latihan diadakan selama dua hari satu malam ini, dengan peserta yang datang daripada Dun Air Putih, Dun Chukai, Dun Kijal, Dun Kemasik, Unit Amal, NGO dan sukarelawan telah mencapai objektifnya.

“Terima kasih kepada Khidmat Malaysia Terengganu dan semua Dun kawasan Kemaman yang telah memberi sokongan serta sumbangan sehingga perancangan yang dibuat sebulan lepas telah menjadi kenyataan hari ini,” ujarnya ketika ditemui di lokasi latihan di sungai kawasan Lubuk Batu, Mak Lagam, dekat sini.

Beliau berkata, sepanjang latihan itu yang berakhir 19 November, para peserta didedahkan dengan ilmu dan kemahiran pengendalian kecemasan dan bantuan sebelum, semasa dan selepas banjir berlaku.

Katanya, dua orang jurulatih bertauliah dipanggil kusus untuk mengendalikannya.
 
“Ini bermakna para petugas kita sama ada yang tamat latihan pada jam tiga petang ini bersama dengan ahli-ahli yang telah terlatih sebelum ini, dalam siri satu dan dua, bersedia untuk di panggil pada bila-bila masa.

“Walau bagaimanapun, kita tetap berdoa agar bencana banjir besar seperti yang berlaku dua tahun lalu tidak berlaku di Terengganu khususnya di Kemaman, insya Allah,” ujarnya lagi.

Majlis penutup latihan telah disempurnakan oleh Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Zon Timur, Zulkifli Mat Yakim

Dalam ucapannya beliau berkata, latihan seumpama itu tetap diteruskan pada tahun hadapan bagi meningkatkan kecekapan dengan penambahbaikan dari masa kesemasa semasa.

“Dan latihan ini boleh dijadikan modul contoh di seluruh Negeri Terengganu,” tambah beliau.

Share on Myspace