Presiden PAS dibenar keluar hospital

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman facebook beliau, tengah hari ini.

"Alhamdulillah Tuan Guru Presiden telah discaj dari HSNZ, semoga beliau akan terus membimbing ummah, insyaa Allah.

"Ribuan terima kasih kepada kakitangan HSNZ yang telah memberi rawatan dan layanan yang baik sepanjang beliau berada di Wad," tulisan daripada facebook beliau dipetik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menerima pemeriksaan kesihatan setelah mengadu kepenatan, Jumaat lalu. - HARAKAHDAILY 20/11/2016

Share on Myspace