Himpunan Solidariti Ummah di Masjid Negara 26 Nov

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Himpunan Solidariti Ummah berhubung isu Rohingya, Syria dan sekatan Mesir ke Gaza akan diadakan di pekarangan Masjid Negara pada 26 November (Sabtu) ini.

Himpunan itu dijadual bermula jam 1.00 tengah hari hingga 4.30 petang.

"Kepada semua warga prihatin khas ummat Islam, ayuh kita bermunajat sama-sama di Masjid Negara pada 26 Nov 2016 ini seraya kita memahami apakah situasi terkini yang berlaku di bumi bergolak itu.

"Semoga doa kita meringankan beban derita mereka," ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.

Majlis bermula dengan menunaikan solat Zohor berjamaah di Masjid Negara, diikuti dengan solat hajat dan munajat kira-kira jam 1.30 petang.

Selepas itu, pidato kepemimpinan ummah diadakan di perkarangan masjid, seterusnya solat Asar berjemaah sebelum bersurai. - HARAKAHDAILY 20/11/2016

Share on Myspace