Presiden PAS hadir sidang Dun Terengganu hari ini

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, hari ini.

"Tuan Guru Presiden selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang hadir ke Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Ketiga Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri Terengganu, Tingkat U2, Blok Podium, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu," tulisan daripada laman facebook beliau dipetik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menerima pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu setelah mengadu kepenatan, Jumaat lalu.

Tuan Guru Abdul Hadi dibenarkan keluar daripada hospital itu tengah hari semalam. - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Share on Myspace