Parti serpihan baharu mula dilanda masalah

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Biar pun impian Parti Amanah Negara (PAN) menggantikan PAS bagi menguasai gelanggang politik Islam, namun tidak sampai setahun penubuhannya, parti itu dikatakan dilanda masalah.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata berdasar kepada perkembangan yang berlaku sekarang, PAN dilihat tidak mempunyai keupayaan bagi menggantikan PAS.

Katanya isu utama yang mengugat kredibiliti parti itu apabila pengerusi PAN Kelantan sejak tahun lepas mendakwa 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti tersebut.

“Apabila conggakan itu tidak menjadi biarpun acap kali disebut, ia memberi imej negetif kepada sebuah parti yang baharu ditubuh,” katanya pada wacana anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di JKR 10 malam tadi.

Difahamkan beberapa pemimpin PAN Kelantan yang dilantik ketika awal penubuhannya kini dipinggir kerana dikatakan tidak sebulu dengan pemimpin utama.

Malah lebih parah lagi parti baharu itu berhadapan masalah kewangan bagi mengurus kelangsungan parti.

Kredibitinya menjunam apabila kenyataan Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendakwa 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti itu tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

Wacana itu dimoderatorkan Timbalan Pengarah IPTG Mohd Fadhli Ghani. Hadir sama wakil-wakil rakyat, Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof dan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Zainiah Halim.

Dr Kamarul juga berkata, apa yang dilakukan pemimpin PAN di Kelantan seolah-olah dilihat mereka bekerja untuk Umno bagi menumbangkan kerajaan di bawah pimpinan ulama. – HARAKAHDAILY 21/11/201

Share on Myspace