Selangor lulus pembinaan PPA1M

HARAKAHDAILY | .

Wakil Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M), Ismail Che Hassan, Ketua Unit PPA1M telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangor Bil. 8/2016 hari ini.

Mesyuarat di antara lain telah membincangkan 8 projek PPA1M yang akan dibina di negeri Selangor. Ia melibatkan 6,108 unit rumah kediaman.

Mesyuarat hari ini bersetuju meluluskan pemohonan-permohonan tersebut tertakluk kepada kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan syarat-syarat pihak berkuasa tempatan terlibat.

PPA1M disyaratkan untuk membina 20 peratus Rumah Selangorku di setiap projek dan harga jualan maksimum rumah PPA1M adalah RM300,000.

Senarai pembeli-pembeli Rumah Selangorku mestilah daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

Sebagai pulangan kerajaan negeri membenarkan kepadatan pembangunan PPA1M menurut kepadatan Rumah Selangorku. Ini bermakna di antara 80 hingga 120 unit seekar bergantung kepada pihak berkuasa tempatan.

Kelulusan yang diberi hari ini adalah membuktikan sikap terbuka kerajaan negeri yang bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Ini mungkin boleh berlaku kerana PP1AM bukan di bawah bidang kuasa Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesejahteraan Bandar yang mengambil sikap berkonfrontasi terhadap kerajaan negeri. Sikap seperti ini hanya akan merugikan rakyat. Pemimpin negara mestilah bersikap seperti seorang negarawan dan bukan seperti seorang ketua Umno cawangan.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
21 November 2016 - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Share on Myspace