Rohingya: Tentera tembak dulu baru bertanya - HRW

HARAKAHDAILY | .

Sekurang-kurangnya 70 warga Rohingya terbunuh di negara bahagian Rakhine dalam satu gelombang keganasan terbaru terhadap etnik minoriti Muslim Myanmar itu.

Menurut pemerhati, orang awam Rohingya kembali menjadi sasaran keganasan tentera Myanmar yang mempunyai rekod buruk pelanggaran hak asasi manusia.

"Masalahnya, tentera Myanmar mempunyai rekod yang sangat buruk jika berkaitan dengan orang awam. Mereka benar-benar menembak dulu, baru bertanya kemudian," kata Phil Robertson, timbalan pengarah bahagian Asia di institusi hak asasi manusia Human Right Watch (HRW), seperti dikutip CNN.

HRW mencatat lebih daripada 1,000 rumah warga Rohingya rata dengan tanah. Bangunan-bangunan mereka dibakar, terlihat dari titik-titik api pada imej satelit pada beberapa desa. Tentera juga mengerahkan helikopter untuk menembak warga Rohingya di Rakhine.

"Mereka melakukan bumi hangus. Tentera memang berhak mencari siapa yang menyerang pengawal sempadan, tetapi ini sudah keterlaluan," kata Robertson.

Menurut Suruhanjaya Penasihat untuk Negeri Rakhine yang juga bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, keganasan terhadap Rohingya menjadikan negara itu "kembali tidak stabil dan menyebabkan pelarian baru".

820 rumah Muslim Rohingya hancur

Imej satelit dari kampung Rohingya di negara bahagian Barat Rakhine Myanmar menunjukkan ada 820 struktur bangunan yang dikenal pasti dihancurkan di lima lokasi yang berbeza pada 10 hingga 18 November, menurut sebuah laporan yang dikeluarkan semalam.

Human Rights Watch (HRW) meminta kerajaan Myanmar untuk menjemput PBB membantu dalam penyelidikan tentang kemusnahan struktur bangunan tersebut.

Permintaan itu mengalu-alukan kenyataan pelapor khas PBB mengenai Myanmar, yang melawat kawasan itu sebagai sebahagian daripada delegasi yang dipimpin kerajaan pada awal November lalu.

"Pasukan keselamatan tidak boleh diberikan izin untuk meningkatkan operasi mereka dan memberikan izin masuk bagi delegasi antarabangsa," kata Yanghee Lee dalam satu kenyataan, 18 November lalu.

"Tindakan mendesak diperlukan untuk membawa resolusi dalam menangani situasi ini," tambahnya, lapor Anadolu Agency. [Islampos]

Share on Myspace