PUM saran khutbah Jumaat kezaliman ke atas Rohingya

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menyokong saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar dibacakan doa Qunut Nazilah ketika solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan masyarakat Rohingya yang dizalimi di Myanmar.
 
"PUM juga menyarankan agar semua masjid di seluruh Malaysia membacakan teks khutbah mengenai kezaliman yang sedang berlaku ke atas etnik Rohingya di Myanmar.
 
"Ini bagi memberikan kesedaran kepada seluruh masyarakat terhadap nasib saudara Muslim kita di Myanmar yang tertindas dan diseksa," ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Syeikh Abdul Halim Abd Kadir kepada Harakahdaily.
 
Untuk itu, kata beliau sukacita PUM mencadangkan Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri agar dapat menyelaraskan perkara itu sebaik-baiknya. - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Share on Myspace