Solidariti untuk Rohingya, amaran kepada Myanmar

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT | .

DUNIA wajib memperlihatkan tindakan tegas memencil dan memulau Myanmar dari hubungan diplomatik dengan negara zalim itu. Serta mengambil tindakan keselamatan segera atas keganasan dilakukan junta tenteranya terhadap etnik minoriti Muslim Rohingya; penduduk asal yang sengaja dinafikan kerakyatan mereka.

Tindakan dengan membakar perkampungan, menyiksa jasad fizikal, menembak dan menyembelih bunuh tanpa mengira kanak-kanak dan wanita dilakukan junta tentera Myanmar adalah sangat keterlaluan dan melampau serta zalim. Menjadikan nyawa manusia semurah haiwan hanyalah perbuatan bersifat kebinatangan yang dilakukan oleh golongan berjiwa syaitan.

Kaum Muslimin pada era awal Islam pernah bangkit secara quwwah (kekuatan) membela seorang Muslimah yang diragut maruahnya oleh kaum kafir. Maka atas keimanan sama, umat Islam di dunia hari ini wajib bangun memperlihatkan amaran atas tindakan keji Myanmar itu.

Atas solidariti itulah, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam meluangkan masa dan keprihatinan untuk bergerak ke Kuala Lumpur menyertai Himpunan Solidariti Ummah pada Sabtu, 26 November ini di Masjid Negara selepas solat Zohor.

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 23/11/2016

Share on Myspace