Penantian pembentangan RUU berakhir, seru solat hajat

HARAKAHDAILY | .

Alhamdulillah, semalam kita dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi bahawa pembentangan usul pindaan RUU 355 akan diadakan dalam minggu ini.

Makluman ini sekali gus menamatkan persoalan semua pihak yang menunggu tarikh perbahasan RUU 355.
 
Syukur ke hadrat Ilahi atas ruang yang diberikan oleh Allah SWT ini. Kami dari Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan tahniah dan selamat bersidang kepada YB Marang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru kepada semua untuk sama-sama kita menunaikan solat hajat supaya cita suci memartabatkan agama Islam ini dipermudahkan oleh Allah SWT.
 
Alah S.W.T berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [As-Saff: 4]
 
Marilah sama-sama kita bersatu mendaulatkan agama Allah sebagaimana seruan Allah dalam surah As-Saff ini.

Semoga sidang Parlimen berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dari pihak lain.
 
Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Share on Myspace