RUU 355: Hanya kepada Allah kita berserah

HARAKAHDAILY | .

YB Tuan Guru Presiden PAS dijangka akan membentangkan RUU 355 pada hari ini.

Bukanlah mudah untuk mendapat peluang ini, apatah lagi parti komponen Kerajaan BN khususnya daripada Sabah dan Sarawak menentang keras usaha ini.

Segala kemungkinan boleh terjadi untuk menggagalkan pembentangan hari ini.

Peranan Tan Sri Speaker juga amat penting bagi mempengerusikan sidang dewan yang dijangka begitu hangat kerana penentangan itu datang daripada kedua belah pihak dalam kerajaan dan pembangkang.

Hanya kepada Allah kita berserah agar dipermudahkan segala urusan ini.

Nota Tambahan:
Hari ini juga detik bersejarah bagi PAS kerana 24 November 2016 adalah hari ulang tahun penubuhan PAS yang ke 65 tahun.

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

Share on Myspace