65 tahun: Kehebatan PAS bukan kerana pemimpin

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Hari ini genap usia PAS 65 tahun setelah didaftar secara rasmi pada 24 November 1951.

"Tempoh yang sarat dengan pengalaman manis dan pahit," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Tambahnya, PAS parti yang hanya bermula di kampung dan pondok, sekarang sudah disertai dari kalangan golongan profesional dan aktivis.

"Kehebatan PAS bukan kerana pemimpin tetapi kerana dasar Islam yang dipegang," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 24/11/2016

Share on Myspace