Bicara kes saman Razman 14 Disember

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

IPOH: Berikutan saman yang difailkan oleh Datuk Seri Nizar Jamaludin terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria akan dibicarakan pada 14 Disember 2016 telah ditetapkan mahkamah, 24 November lalu.

Mahkamah Sesyen Ipoh telah membenarkan permohonan plaintif (Nizar) untuk membatalkan Tuntutan Balas oleh Defendan (Razman) terhadap plaintif.

Ketika membacakan penghakiman, Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Sunitha Kaur menyatakan di antara alasan membenarkan permohonan plantif adalah berhubung isu locus standi (keupayaan defendan dari segi undang-undang untuk memfailkan tuntutan balas terhadap plaintif dalam perkara berkenaan tuntutan balas tersebut).

Mahkamah turut menolak permohonan pihak defendan untuk membatalkan saman plaintif terhadap defendan. – HARAKAHDAILY 25/11/206

Share on Myspace