Anak muda Kelantan bantah kekejaman Mynmar

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

KOTA BHARU: Kira-kira 500 anak muda berhimpunan bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan kerajaan Mynmar terhadap orang Islam.

Perhimpunan aman itu diadakan selepas tazkirah mingguan pagi Jumaat di Medan Ilmu Jalan Dato' Pati di sini dianjurkan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Ia dilakukan susulan tindakan zalim pemerintah berkenaan terhadap masyarakat Islam Rohingnya yang diseksa dengan kejam dan dibunuh di utara negara tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, dugaan yang menimpa penduduk Rohingnya kerana berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak akan berdiam diri selagi orang Islam berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian mereka.

"Saya meminta semua rakyat mengemaskini status di facebook masing-masing mengenai kekejaman ini bagi menyatakan bantahan kita terhadap kekejaman kerajaan Myanmar," katanya.

Turut hadir pada perhimpunan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Dr. Md Yusnan Yusof dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan Care, Nazman Che Iberahim.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Dr. Johari Mat membaca doa memohon pertolongan daripada Allah yang merupakan senjata orang mukmin. – HARAKAHDAILY 25/11/2016

Share on Myspace