Solidariti Ummah: Dr Mahfodz pimpin solat hajat

ZULHAFEEZ | NAZIRAH | .

KUALA LUMPUR: Solat hajat dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Muhammad di Masjid Negara bersama ribuan hadirin dalam Himpunan Solidariti Ummah.

Solat hajat diadakan selepas solat Zohor.

Beberapa pimpinan utama PAS turut hadir dalam menunaikan solat hajat serta mendoakan kesejahteraan umat Islam di seluruh negara Islam yang dizalimi.

Selesai solat hajat, ucapan dimulakan di perkarangan Masjid Negara dalam suasana yang terkawal dengan bantuan anggota Unit Amal                        

Rata-rata umat Islam yang hadir memegang plakad menyelar situasi yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar.

Himpunan Solidariti Ummah dan Munajat Perdana yang sedang berlangsung di pekarangan Masjid Negara adalah untuk mengangkat isu ummah Rohingya, Syria dan Gaza.

"Semoga Allah SWT makbulkan doa kita semua demi keselamatan umat tertindas dan kehancuran rejim yang kejam," tulisan Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.- HARAKAHDAILY 26/11/2016

Share on Myspace