Semakin ramai hadir Himpunan Solidariti Ummah

NAZIRAH NASRUN | .

KUALA LUMPUR: Orang ramai dari seluruh negara terus membanjiri pekarangan Masjid Negara untuk menyertai Himpunan Solidariti Ummah.

Ada dalam kalangan mereka yang membawa bendera negeri masing-masing.

Sementara itu, wakil Gamis, Ustaz Syamil ketika berucap sebentar tadi berkata kekejaman di Rohingya bukan hanya berdasarkan keislaman atau agama tetapi juga warna kulit.

Beliau mendesak kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi OIC dan mempunyai kuasa dalam PBB untuk bangun bersuara.                        

Wakil Dewan Muslimat PAS, Ustazah Salamiah pula mengutuk keras tindakan ke atas umat Islam Rohingya.

"Saya mengutuk keras tindakan ke atas umat Islam Rohingya diperlakukan seperti binatang malah lebih daripada itu. Sikap double standard para pemimpin Islam seluruh dunia yang berdiam diri demi menjaga kepentingan masing-masing juga tidak boleh diterima," ujarnya.  

Beliau turut menyeru agar umat Islam di Malaysia agar terus berdoa kepada Allah agar muslim Rohingya dibebaskan cengkaman junta tentera Myanmar.

Dalam pada itu, para peserta solidariti diminta duduk sementara cuaca semakin redup. Himpunan akan ditamatkan sebelum jam 4.00 petang. - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Share on Myspace