Doa dari kejauhan mustajab, teruskanlah berdoa

NAZIRAH NASRUN | NUR HASMIRA | .

KUALA LUMPUR: "Solat hajat dianjurkan bukan hanya untuk rakyat Rohingya umat Islam di Myanmar tetapi juga mereka yang tertindas di seluruh dunia.

"Doa dari kejauhan adalah antara yang paling mustajab, jadi teruskanlah berdoa," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, para pemimpin Islam di peringkat OIC dan PBB diseru untuk bersuara menggunakan kuasa mereka agar umat Islam tidak terus ditindas".

Sementara itu, laungan 'Hidup, hidup Islam, hancur, hancur Myanmar, bangkit, bangkit ummah' bergema di dataran Masjid Negara.

Ucapan wakil dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Norazli Musa menyifatkan kerajaan Myanmar semakin biadap terhadap orang Islam berikutan memorandum yang dihantar wakil NGO Islam tidak disambut baik oleh kedutaan tersebut.

"Kedutaan Myanmar semakin biadap! Mereka tidak menerima memorandum kita sebaliknya mereka meminta kita memasukkan memo tersebut ke dalam peti surat," katanya di hadapan peserta Himpunan Solidariti Ummah bertempat di pekarangan Masjid Negara.

Ucapnya, wanita di Rohingya meraung-raung meminta bantuan daripada umat Islam di seluruh dunia untuk membantu mereka.

"Apa nasib umat Islam pada hari ini? Mereka dikejami tanpa perikemanusiaan. Wanita- wanita dicabul, golongan lemah dikejami," katanya. - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Share on Myspace