Tuntut kerajaan hantar memorandum bantahan

NAZIRAH NASRUN | ZULHAFEEZ | .

KUALA LUMPUR: "Kita menuntut kerajaan Malaysia menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Myanmar," ujar Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Attakiri.

Penegasan beliau pada Himpunan Solidariti Ummah itu antara tuntutan yang mendapat sorakan tanda persetujuan para hadirin di pekarangan Masjid Negara.

Beliau turut membacakan doa disambut dan diaminkan oleh orang ramai.                        

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata perhimpunan sebagai bukti rakyat Malaysia untuk solidariti kepada umat Islam Rohingya, Syria dan Gaza Palestin waalaupun berbeza warna kulit tetapi sama dalam pegangan akidah tauhid.

"Bukan kali pertama kita menghantar dan berhimpun menyatakan bantahan dan solidariti kepada pihak berkaitan," ujarnya.

Beliau juga meminta diputusakan hubungan diplomatik dengan Myanmar.

"Putuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Myanmar.

"Wartawan antarabangsa Al-Jazeera yang ada bersama hari ni untuk mengambil sikap tegas rakyat Malaysia.

"Isu berlaku adalah keganasan dunia sebenar, UN menutup mata," katanya. - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Share on Myspace