Kesakitan umat Islam dirasai oleh semua

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

KUALA LUMPUR: Perhimpunan diaturkan menjadi bukti bahawa umat Nabi Muhammad SAW adalah bersaudara sepertimana telah dinyatakan melalui hadis yang menjelaskan perumpamaan umat Islam apabila sakit salah satu dari anggota badan maka seluruh anggota akan merasai kesakitan itu.

Exco Muslim Care, Ustaz Nazmi Abdul Karim menyuarakan demikian pada Himpunan Solidariti Ummah di pekarangan Masjid Negara, petang ini.

Jelasnya, kesakitan yang berlaku di Myanmar, Syria dan Palestin adalah kesakitan seluruh umat Islam, peristiwa pedih di Myanmar menyingkap sirah Rasulullah SAW.

"Golongan yang lemah ditindas, mereka tiada keluarga, kepada siapa mereka perlu menagih dan merintih, biarpun kita jauh dari Myanmar dan Palestin tetapi kita masih mampu berusaha selagi mampu.

"Kita sanggup menghabiskan jutaan ringgit untuk membeli seorang pemain bola sepak, demi meraikan sambutan tahun baru dan bina binaan yang tinggi.

"Namun kita tidak mampu menghulurkan bantuan untuk mereka, di manakah keprihatinan kita?" tanya beliau. - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Share on Myspace