Wikileaks ungkap peranan AS dalam konflik di Yaman

HARAKAHDAILY | .

Laman media massa pengungkap dokumen rahsia negara dan syarikat awam 'Wikileaks' kembali membuka peranan Amerika Syarikat (AS) dalam konflik bersenjata di Yaman, termasuk 500 dokumen rahsia milik kedutaan AS di ibukota Sana'a.

Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam melengkapkan dan melatih pasukan tentera Yaman sebelum tercetusnya perang saudara dan kini menjadi sekutu pemberontak Syiah Houthi, ungkap Wikileaks dalam terbitannya hari Jumaat, kelmarin.

Wikileaks menuding Amerika Syarikat sengaja melatih dan melengkapkan pasukan tentera Yaman dengan senarai persenjataan, peluru, pesawat, kapal dan kenderaan pengangkutan untuk mempersiapkan perang saudara yang meletus pada 2014 lalu.

Pengasas Wikileaks Julian Assange mengingatkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai kepentingan yang sangat besar di wilayah ini, terutama Selat Bab el Mandeb dan Terusan Suez yang menjadi sebahagian daripada 11% laluan eksport minyak dunia.

Perlu dingat bahawa persiapan dan latihan tentera Yaman berlaku antara tempoh 2009-2013 di mana Hillary Clinton menjawat jawatan Menteri Luar Negeri AS pada masa pemerintahan Barack Obama. (Eramuslim)

Share on Myspace