Pendakwah Filipina mati ketika memimpin solat

ASMAA YUSOF | .

Seorang pendakwah tersohor Fiilipina, Nuh Cabarino, meninggal dunia akibat kecederaan selepas terkena tembakan pada lehernya awal pagi semalam, 27 November, di Manila.

Beliau merupakan salah seorang mantan pendakwah di Pejabat Dakwah Bathah.

Setelah memeluk Islam dan mempelajarinya, beliau telah menjadi salah seorang pendakwah terbaik di negara Filipina.

Menurut sumber dari akaun laman media sosial Facebook, beliau disahkan meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh seseorang tidak dikenali.

Tembakan disasarkan ketika beliau sedang mengimamkan solat di masjidnya di Filipina.

Kebanyakan anak didikan beliau menzahirkan kesedihan dengan pemergiannya dan mengganggap Nuh Cabarino merupakan seorang pendakwah yang sukar dicari ganti.

“Beliau merupakan salah seorang daripada pendakwah Filipina yang terbaik dan sangat gigih dalam usaha menyampaikan dakwah kepada orang Kristian di seluruh Filipina.

“Beliau tidak pernah letih atau jemu dalam menyebarkan dakwah di negaranya itu.

"Semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas dan mengampunkannya dan seluruh umat Islam,” luah salah seorang anak didiknya. (ulamasedunia.org)

Share on Myspace