Usah campur tangan siasatan polis

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Isu penahanan Orang Asal yang terbabit dengan sekatan laluan lori balak di pedalaman Gua Musang tidak seharusnya ada campur tangan mana-mana pihak sehingga siasatan yang dijalankan selesai.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri menyerah isu berkaitan insiden menghalang laluan balak di tiga lokasi kepada Jabatan Perhutanan Negeri dan polis.

Katanya, sekatan itu dilakukan kumpulan Orang Asal terbabit di Hutan Simpan  Kekal (SK) Balah, Hutan SK Perias dan Hutan SK Gunong Stong Selatan.

“Penahanan Orang Asal terbabit hari ini sewajarnya diserahkan kepada kebijaksanaan pihak polis dan Jabatan Perhutanan,” katanya pada satu kenyataan petang tadi. – HARAKAHDAILY 29/11/2016

Share on Myspace