Badan PBB gesa bantuan untuk wanita di Rakhine

HARAKAHDAILY | .

Badan PBB menyeru bantuan mendesak untuk wanita dan kanak-kanak perempuan di negara bahagian Rakhine Myanmar yang mereka berisiko mengalami kekerasan seksual dan kekurangan akses kepada perkhidmatan kesihatan.

United Nations Population Fund (UNFPA), semalam mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa sekitar 7,600 wanita dan kanak-kanak perempuan di bandar Maungdaw dan Buthidaung Rakhine tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan asas hampir dua bulan.

"Semua perempuan di Rakhine, termasuk semua minoriti etnik dan agama, harus diberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan penting lain tanpa diskriminasi," ungkap UNFPA.

"Mereka perlu dilindungi daripada segala bentuk kekerasan, termasuk kekerasan seksual. Sangat penting kekerasan itu perlu dihentikan," tambah UNFPA.

UNFPA berkata dianggarkan 40,000 ibu hamil tinggal di kawasan yang terdedah kepada konflik di negara bahagian Rakhine, lapor Anadolu Agency.

"Ketika orang-orang yang terpencil, mekanisme pelindung dalam keluarga dan masyarakat menjadi hilang. Dan wanita menjadi lebih terdedah kepada keganasan dan eksploitasi," UNFPA menegaskan. [Islampos]

Share on Myspace