Kejayaan Gerakan Islam bersinar di Kuwait

ASMAA YUSOF | .

Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi mengucapkan tahniah kepada calon pilihan raya Kuwait atas kejayaan memenangi hampir separuh kerusi Parlimen.

Ucapan tahniah dinyatakan dalam kenyataan rasminya tanda penghargaan atas kejayaan gerakan Islam Kuwait.

Menurut beliau, kemenangan yang diumumkan Sabtu lalu adalah satu petanda bahawa gerakan Islam masih menjadi pilihan rakyat serta menyifatkannya adalah kejayaan bagi seluruh umat Islam.

Tegasnya lagi, kemenangan Islam mestilah diisi dengan kerja keras dalam berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Beliau menggesa supaya mereka terus melengkapkan usaha dalam mempraktikkan syariah Islam di Kuwait.

Dalam pada itu, Sheikh Al-Qurrah Daghi dalam kenyataannya turut memberitahu kejayaan gerakan Islam yang harmoni adalah menjadi kebiasaan bagi rakyat Kuwait. (ulamasedunia.org)

Share on Myspace