Jayakan impian Zidane jadi pemain bola sepak negara

IZWAN ABDUL HALIM | .

BAKAT seorang pelajar, Zidane Sharif Zulkifli, 8 tahun dalam sukan bola sepak yang digilap sejak pengajiannya di PASTI kian bersinar apabila terpilih menyertai pasukan ke pertandingan antarabangsa.

Beliau yang kini menuntut di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Sri Kembangan dalam tahun 2 telah menunjukkan pencapaian memberangsangkan dalam sukan itu dan akademik.

Buktinya, anugerah yang berjaya dirangkulnya sepanjang penyertaannya dalam banyak kejohanan. Antaranya Anugerah Pemain Berkemahiran Tinggi, Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik, Anugerah Jaringan Terbanyak dan lain-lain.

Malah, pasukan diwakilinya juga sering muncul juara atas sumbangan kemahiran yang dipersembahkannya dalam setiap perlawanan.

Menurut Pengurus PASTI Lestari Putra (Puchong), Mohd Solehan Ahmad Shah, konsistensi ditunjukkan Zidane meyakinkan pihaknya terhadap masa depan pelajar itu untuk mencipta nama kepada negara.

Katanya, bakat ini mesti terus disuntik agar Zidane dapat menyumbang sesuatu yang bermakna kepada negara di masa depan dengan bakat dimilikinya itu.

Menurutnya, pelajar itu kini sedang mewakili pasukannya ke Liga Bola Sepak Antarabangsa (bawah 8 tahun) pada 3 dan 4 Disember ini di Bandar Serpong Utara, Indonesia.

"Jika sekarang kita ada Khairul Idham Pawi dalam sukan permotoran, kelak kita ada Zidane yang akan mewarnai sukan bola sepan Malaysia, insya-Allah.

"Jadi kami warga PASTI Lestari Putra ingin mempelawa mana-mana individu atau syarikat yang sudi menaja perbelanjaan mengurus pemain ini untuk menjayakan impian masa depan bersama," ujar beliau.

Sebarang urusan berkaitan penajaan boleh berhubung terus dengan Shazrina Mohd Hanifiah di talian 013-3991979. – HARAKAHDAILY 2/11/2016

Share on Myspace