Elaun dihentikan: Tindakan kurang profesional

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

IPOH: Sekitar 89 orang Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama (Penguatkuasa) tidak menerima elauan sejak bulan Mac lalu adalah tindakan kurang profesional Jabatan Agama Islam Perak.

Lebih menyedihkan mereka tidak mendapat sebarang notis selama tempoh tersebut membuktikan pengurusan yang diamalkan oleh pihak berkaitan sangat mendukacitakan.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata demikian ketika pertemuan bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak, Ustaz Mustafa Shaari di Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini, kelmarin.

Jelasnya, peranan penguatkuasa diperlukan dalam komuniti masyarakat bagi menangani gejala sosial yang berlaku sehingga merosakkan maruah serta mencalarkan nilai agama.

Razman menyatakan bahawa jika pihak kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Perak ingin menggunakan khidmat penguatkuasa sudah pasti akan menambah kos belanja yang tinggi berbanding petugas secara sukarela.

"Elaun yang diberikan kepada mereka sedikit sebanyak mampu menampung kos ketika bertugas dan memberi imbuhan tambahan perbelanjaan diri.

"PAS Perak memandang serius tindakan yang dilakukan apabila tiada sebarang notis diterima dan makluman dibuat walaupun dalam tempoh lama.

"Sewajarnya pihak Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pemnbangunan Sahsiah Negeri Perak perlu mengadakan perbincangan atau solusi terbaik menangani perkara yang berlaku,' tegasnya. – HARAKAHDAILY 2/11/2016

Share on Myspace