Rohingya: Ambil tindakan ke atas rejim Myanmar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia digesa mengambil tindakan yang tegas ke atas rejim Myanmar yang menzalimi umat Islam di Rohingya.

Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Kamal Nazmi Nik Din.

"Kita menuntut Kerajaan Malaysia menggunakan segala saluran antarabangsa untuk memberikan tekanan ke atas rejim kuku besi Myanmar yang mengganyang umat Islam di Rohingya pada hari ini," tegas beliau.

Menurut beliau lagi, apa yang berlaku ke atas umat Islam di Rohingya sekarang bukan sahaja ditentang oleh Islam bahkan ianya telah melanggari Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Ulamak PAS Wilayah Persekutuan turut menyeru seluruh warga kota Kuala Lumpur dan Putrajaya serta seluruh rakyat Malaysia menghadiri Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 4 Disember 2016  akan berlansung di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. (pas.org.my)

Share on Myspace