Bela darah muslim Rohingya tertumpah di Myanmar

NAZIRAH NASRUN | .

KUALA LUMPUR: Umat Islam Malaysia diseru agar bersama membela darah umat Islam Rohingya yang tertumpah di bumi Myanmar.

Demikian ucapan Pengerusi NGO Geng Ustaz, Norazli Musa di Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.

"Allah SWT boleh mengampunkan dosa-dosa umatNya namun berat untuk mengampunkan dosa umat Islam yang membiarkan saudara seagama dalam keadaan menderita," ucap beliau dengan penuh bersemangat.

Di samping itu, Norazli turut menyeru agar umat Islam tidak lagi berpeluk tubuh sebaliknya bangkit membela nasib umat Islam di seluruh dunia.

Turut berucap pada himpunan anjuran NGO-NGO Islam Malaysia itu ialah Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - HARAKAHDAILY 4/12/2016

Share on Myspace