Pengundi luar tetap dihargai kerajaan negeri

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

KOTA BHARU: Sumbangan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan bagi mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepemimpinan ulama sentiasa dihargai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Nassuruddin Daud berkata penubuhan Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) dapat merapatkan lagi hubungan perantau dengan kerajaan negeri.

Katanya selepas pilihan raya umum lepas kerajaan negeri kerajaan negeri menubuhkan portfolio hubungan seranta khusus bagi menjaga kebajikan anak Kelantan yang berada di perantauan.

“Peruntukan disalurkan bagi membolehkan diadakan pelbagai aktiviti biar pun tidak banyak,” katanya katanya pada sambutan 10 tahun penubuhan Perakan di sini semalam.

Program itu diadakan di Kelantan Trade Center (KTC) dihadiri ahli Perakan seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Perlis.

Hadir sama Presiden Perakan, Ir Hamdzah Abdul Rahman dan Penyelaras Pengundi Luar PAS Kelantan Wan Hassan Wan Ibrahim.

Nassuruddin juga berharap ahli Perakan dapat bergerak dalam satu pasukan bagi melakukan kerja-kerja kebajikan. - HARAKAHDAILY 4/12/2016

Share on Myspace