Program kebajikan bersama PJ Perak di Dun Selinsing

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

SEMANGGOL: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bersama Adun Selinsing, Husin Din meluangkan masa dalam program kebajikan sekitar Dun Selinsing.

Seawal pagi mereka melawat tapak pembinaan Sekolah Agama Rakyat Dun Selinsing bagi menyediakan tempat pengajian Islam untuk anak-anak tempatan kerana masih terdapat beberapa sekolah agama rakyat menumpang di premis dan bangunan sementara.

Program diteruskan dengan ziarah masyarakat setempat di samping menyampaikan sumbangan beras, al-Quran terjemahan dan beberapa keperluan lain.

Sumbangan tersebut hasil kerjasama dengan NGO Muslim Brothers yang sentiasa membantu dan menganjurkan program dalam mengumpul dana bantuan kepada yang memerlukan.

Kematian salah seorang masyarakat berbangsa India turut diziarahi dalam program itu membuktikan PAS mementingkan kebajikan rakyat tanpa batasan bangsa kerana kebajikan rakyat adalah tanggungjawab semua apabila telah dipilih rakyat. – HARAKAHDAILY 6/12/2016

Share on Myspace