Timur Aleppo saksi kezaliman Bashar Assad

AKHIR MUHAMMAD | .

Sudah tiada mangsa terselamat di Timur Aleppo ekoran semua laluan keluar dari kawasan serangan bagi wanita, kanak-kanak, orang sakit serta yang tercedera sudah ditutup, lapor Al-Jazeera semalam.

Bilal Abdul Kareem, wartawan Al-Jazeera yang terakhir berada di kawasan kejadian memaklumkan serangan tersebut bukan serangan rambang tentera Bashar malah ia merupakan serangan terancang.

Katanya, rumah-rumah sengaja ditembak dengan mensasarkan kesemua penduduk kawasan kejadian.

“Mereka menjalankan serangan secara sistematik untuk memusnahkan semua kemudahan perubatan di Timur Aleppo.

“Mereka turut mensasarkan loji air, bangunan mahkamah dan apa sahaja yang dilihat mampu menyediakan kemudahan kepada rakyat,” jelas Bilal.

Memetik sumber sama, Bilal memberitahu kebimbangan turut dirasai oleh ribuan orang awam lain yang terperangkap.

Hal demikian jelasnya menyebabkan pejuang pemberontak membuat pendirian untuk terus bertahan di wilayah tersebut yang merupakan bekas kubu kuat pihak penentang.

“Sebahagian tentera pemberontak berkata kepada saya, mereka berusaha menangkap seberapa ramai tentera Bashar al-Assad untuk berada bersama setakat mana yang boleh,” ujar Kareem.

Kareem turut memaklumkan penduduk di sana tidak mahu melarikan diri kerana takut dengan apa yang akan dilakukan oleh pihak tentera kerajaan kepada mereka.

“Mereka telah membunuh lebih daripada setengah juta orang, supaya dapat menjadi penghalang utama di sana.

“Keduanya, pihak kerajaan yang mengambil alih wilayah tersebut telah mengenakan hukuman terhadap semua melaui nama ahli keluarga tertentu yang dianggap sebagai pejuang.

“Perkara ini telah dilaporkan secara meluas oleh penduduk sekitar Bustan al-Qasr. Bagaimana anda boleh mempercayai sebuah rejim yang telah membunuh setengah juta penduduk negaranya?” tegasnya. (ulamasedunia.org)

Share on Myspace