PAS kesal duta Rusia ditembak di Turki

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

PAS kesal terhadap tragedi pembunuhan Duta Rusia, Andrey Karlov yang ditembak semasa merasmikan galeri pameran di ibu negara Turki pada 19 Disember yang lalu.

Penyiasatan yang menyeluruh dan telus mestilah dilakukan untuk mencari punca dan dalang di sebalik pembunuhan tersebut.

Lebih memburukkan lagi, ianya adalah bercanggah dengan Islam. Ini adalah kerana negara umat Islam bertanggungjawab menjaga keselamatan diplomat negara asing walaupun dalam suasana perang sedang meletus.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
21 Rabiul Awwal 1438 / 21 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 21/12/2016

Share on Myspace