Bekalan air hampir pulih sepenuhnya kecuali di Klang

AMIN LIN ABDULLAH | .

Bekalan air hampir pulih sepenuhnya di semua kawasan yang mengalami gangguan bekalan air akibat henti tugas separa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 berikutan kerja-kerja penyenggaraan TNB di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong pada 19 Disember 2016.

Bekalan air kepada pengguna secara berjadual mengikut dua zon telah menyegerakan pemulihan bekalan air.

Sehingga pukul 7.00 pagi hari ini, hampir semua kawasan telah mendapat bekalan air. Kawasan-kawasan di Zon 1 telah mencapai pemulihan 100% sementara kawasan-kawasan di Zon 2 mencapai pemulihan 99.5 %.

Peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan di Zon 1 dan 2 adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Zon 1

Zon 2

1.

Kuala Lumpur

100%

100%

2.

Petaling

100%

100%

3.

Klang

100%

96%

4.

Gombak

100%

100%

5.

Kuala Selangor

100%

100%

6.

Hulu Selangor

100%

7.

Kuala Langat

100%

 

Jumlah

100%

99.5%

Segala usaha sedang ditumpukan untuk memulihkan bekalan air di Kg Rantau Panjang dan Taman Cempaka Sari di Klang. Bagi 2 kawasan ini pemulihan sepenuhnya dijangkakan menjelang lewat petang ini.

Maka dengan itu, Air Selangor ingin memaklumkan bahawa Pemulihan Berjadual ditamatkan bermula jam 7.00 pagi hari ini. (22 Disember 2016)

Air Selangor ingin merakam ribuan terima kasih kepada semua pengguna air di atas kesabaran sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baharu 2017.

Pemantauan ke atas sistem bekalan air akan diteruskan untuk memastikan kuantiti air  mencukupi dani tekanan air yang optimum di paip-paip utama serta paras air di kolam-kolam memuaskan.

Pengguna yang memerlukan bekalan air bantuan boleh memohon dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: TANKER <jarak> Nama & Alamat).

Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook“Air Selangor” atau Twitter “air_selangor”  untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air. - HARAKAHDAILY 22/12/2016

Penulis ialah Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor.

Share on Myspace