Presiden PAS ziarah pusara Almarhum Ustaz Mohd Khairi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Almarhum Ustaz Mohd Khairi Zainuddin di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Mawar, Senawang, hari ini.

Almarhum yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Disember lalu merupakan Pengerusi Tahfiz Darul Ulum yang menaungi tujuh rangkaian sekolah tahfiz dan juga merangkap Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan.

"Semoga segala bakti Allahyarham untuk Islam menjadi titipan pahala yang berpanjangan dan menjadi contoh dan ikutan orang terkemudian.

"Marilah kita berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat dan di tempat bersama para solehin. Al-Fatihah," tulisan daripada facebook Tuan Guru Abdul Hadi dipetik.

Malam tadi, beliau berucap pada Himpunan Peduli Ummah: Pray 4 Rohingya di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Turut hadir ialah bekas Menteri Dalam Negeri yang juga wakil khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid. - HARAKAHDAILY 24/12/2016

Share on Myspace