OIC hargai resolusi PBB henti penempatan Israel

HARAKAHDAILY | .

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menghargai langkah Majlis Keselamatan PBB yang membawa penamatan penempatan Israel di Palestin.

Tuntutan itu sendiri terjadi usai AS menahan diri untuk tidak melakukan veto yang biasanya dilakukan untuk membela Israel.

Dalam langkah langkah yang penting itu, AS memilih berkecuali, membolehkan PBB menerima pakai resolusi pertama sejak 1979, untuk mengutuk Israel atas dasar pemukimannya.

Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen turut menganggap resolusi itu merupakan sebuah sejarah.

"Ini akan menyumbang menegaskan hak-hak yang sah dan tidak boleh dicabut dari rakyat Palestin," kata Al Othaimeen seperti dilapor Saudi Gazette.
 
Beliau turut memuji kedudukan dan usaha negara-negara Islam, serta semua ahli Majlis Keselamatan PBB yang memberikan suara untuk resolusi. Beliau berharap, resolusi itu akan menjadi langkah penting untuk mengadakan persidangan keamanan antarabangsa.

"Sekali gus melancarkan proses politik pelbagai hala untuk menamatkan pendudukan Israel dan mencapai perdamaian, berdasarkan penyelesaian dua negara. Setiausaha Agung PBB dan Ban Ki-moon, ternyata turut mengalu-alukan resolusi yang dikeluarkan Majlis Keselamatan PBB," ujar Al Othaimeen lagi. (Islampos)

Share on Myspace