Sokong kempen kemanusiaan Raja Salman untuk Syria

HARAKAHDAILY | .

Sekretariat Umum Majlis Ulama Kanan menyeru rakyat Saudi untuk menyumbang terhadap kempen kemanusiaan yang diperintahkan oleh Raja Salman untuk membantu rakyat Syria.

Sekretariat itu dalam satu kenyataan semalam menyatakan bahawa rakyat Syria telah mengalami tindakan kejam dari sebuah dasar yang tidak adil, menjadi pelarian oleh kekuatan yang menindas, dan menjalani hidup penuh kesulitan.

Kempen kebangsaan Saudi untuk menyokong rakyat Syria telah mengagihkan bantuan seperti pakaian musim sejuk, barang-barang rumah dan beg kebersihan peribadi dalam program kemanusiaan untuk 2,225 keluarga Syria di Lubnan, lapor Al-Arabiya.
 
Pengarah kempen serantau Dr Badr bin Abdulrahman Al-Samhan menekankan bahawa penerusan bantuan kecemasan merupakan keutamaan untuk memenuhi keperluan rakyat Syria di persekitaran pelarian, terutama pelarian Syria dengan keperluan khas, anak yatim, warga yang cedera, warga tua dan janda.

Dr Al-Samhan mengatakan bahawa apa pun yang boleh didapati dari bantuan kemanusiaan untuk pelarian Syria, semua pelaksanaannya dalam arahan Raja Salman; Putra Mahkota dan wakil Putra Mahkota. [Islampos]

Share on Myspace