Bekas ahli Umno nak datang kepada PAS

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Kempen 'PAS Pilihanku' yang akan bermula pada 1 Januari sehingga 15 April 2017 dibuat bukan kerana ancaman parti-parti lain sebaliknya permintaan yang tinggi daripada pengundi-pengundi di atas pagar.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, PAS tidak akan meletakkan sasaran jumlah kemasukan ahli sekiranya ia dilihat sebagai ancaman daripada parti-parti lain.

"Kalau ada ancaman kita tidak akan letak target. Kita melihat minat yang begitu tinggi kepada PAS maka kempen ini wajar dilancarkan.

"Kita dapat maklum balas positif dari kalangan bekas ahli Umno yang hendak datang kepada kita," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambahnya, minat di kalangan ahli Umno ini selepas PAS mengambil pendekatan Politik Matang dan Sejahtera.

"Kita bukan sahaja mengkritik dan membangkang tetapi kita ada jalan penyelesaian," ujarnya. - HARAKAHDAILY 28/12/2016

Share on Myspace