11 kluster dibahas Kongres Rakyat Kelantan

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Sebanyak 11 bidang akan dibahas pada Kongres Rakyat Kelantan yang akan berlangsung di Kelantan Trade Centre esok.

Ia merupakan kesinambungan Kongres Rakyat yang diadakan Selangor pada 2015.

Bidang atau kluster tersebut meliputi Agama dan Syariah, Pendidikan,

Alam Sekitar dan Kesejahteraan, Perumahan dan Perbandaran, Sosial dan Keselamatan, Ekonomi, Keusahawanan dan Kepenggunaan.

Selain itu Kebudayaan dan Pelancongan, Petani, Nelayan dan Penternak, Perantauan, Perpaduan dan Hak-hak Rakyat.

Kongres Rakyat Kelantan akan bermula jam 9 didahulukan ucapan Pengarah Kongres Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ucap utama Pengerusi Kongres Rakyat Nasional Azmi Abdul Hamid.

Kemudian wakil setiap kluster akan membentang usul dan diikuti pembentangan Resolusi Kongres Rakyat.

Sebelum ucapan penutup oleh Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob akan diadakan pengisytiharan Agenda Bertindak Rakyat Kelantan.

Menteri Besar kemudian akan menerima resolusi terbabit difahamkan merangkumi cadangan bertindak kepada kerajaan negeri.

Khamis lepas berlangsung mini Kongres Rakyat Kelantan bagi memperhalusi agenda perbahasan setiap kluster di Dewan Teratai Kota Darulnaim. - HARAKAHDAILY 28/12/2016

Share on Myspace