Asma Ul Husna sambut detik 12 malam Januari 2017

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Alunan nasyid Asma Ul Husna bergema di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ketika menyambut detik 12 tengah malam, malam tadi.

Berbeza berbanding tempat lain, sambutan ambang 2017 dipenuhi program ilmu dan keagamaan.

Bermula solat Maghrib diimamkan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, kuliah Maghrib, solat Isya dan solat hajat.

Kemudian diadakan persembahan nasyid dan diakhiri Bicara Ambang 2017 bersama Ustaz Azhar Idrus, Saiful Apek, Khairul Idham Pawi dan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Nassurudin Daud.

Biarpun hujan lebat sejak petang lagi namun ia tidak menghalang orang ramai memenuhi Daratan Stadium.

Paling ramai anak-anak muda termasuk dari selatan Thailand mengikuti program tersebut dari awal hingga akhir.

Ustaz Azhar yang teruja dengan program itu berkata kelainan berlaku di Kelantan di bawah kepimpinan ulama.

"Kerajaan Kelantan tidak serik-serik menganjur program seperti malam ini biarpun pada masa yang sama ada pihak mahu menjatuhkan kerajaan negeri.

"Oleh itu kita sama-sama hendaklah mempertahankan kerajaan yang ada sekarang," katanya. – HARAKAHDAILY 1/1/2017

Share on Myspace