Selamat menjalani sesi pembelajaran 2017

USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM | .

PERUTUSAN SESI PERSEKOLAHAN 2017

Hari ini tanggal 3 Januari 2017 bermula sesi persekolahan di Negeri Selangor. Semua murid dan pelajar melangkah masuk ke sesi persekolahan dengan bermacam ragam yang dapat dilihat.

Di peringkat PAS, ada dua institusi pendidikan yang berada di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS yang akan memulakan sesi pengurusan dan pembelajaran. Peringkat sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI). Di peringkat pra pendidikan atau pendidikan awal kanak-kanak iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

SRITI dan PASTI menawarkan pendidikan yang berteraskan agama di samping penekanan berhubung kurikulum akademik yang lain.

Besar harapan agar anak-anak murid SRITI dan PASTI dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Guru-guru telah bersiap sedia dan telah pun membuat persiapan yang terbaik bagi menyambut kedatangan semua murid. Begitu juga ibu bapa. Komunikasi dua hala bersama para guru mampu menjadi pemangkin kecemerlangan anak-anak murid.

Justeru, mewakili Dewan Pemuda PAS Selangor, warga pengurusan SRITI dan PASTI mengucapkan selamat menjalani sesi pembelajaran pada tahun ini. Mudah-mudahan Allah SWT berkati semua usaha dan menjadikan tahun 2017 merupakan tahun yang cemerlang untuk semua.

"Menderap Jalan Istiqamah"

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
4 Rabi'ul Akhir 1437H | 3 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 3/1/2017

Share on Myspace